Nov 15, 2010

Robino Junior ?

Anak B (Natadecoco) ini tiada kena mengena langsung dengan robino, tapi yang hairannya keluar bentuk yang sama ketika robino anak B, mungkin satu keturunan kot...cuma sikit beza pada balong sahaja
dada pun serupa

dekat bawah ini pasangannya, beza pada kaki, satu kuning, satu hijau

harap gayanya ikut jejak atau lebih baik daripada robino





Oct 31, 2010

Skima Markah Menggunakan Sistem Perbezaan (0.3/0.5/0.7/1), Pendapat Anda?

Assalamualaikum mungkin kawan-kawan boleh beri pandangan tentang sistem ini memang telah digunakan pakai pun dibeberapa tempat pertandingan, bagi pandangan saya mungkin sudah tiba masanya sistem ini digunakan pada semua tempat pertandingan ini kerana pada masa sekarang disetiap pertandingan boleh dilihat hampir semua ayam bertanding mempunyai gaya dan aksesori hebat-hebat berlaka, sampai pengadil pun pening juga nak bagi markah, pengadil hanya menggunakan perbezaan (0.5/1) pada setiap bahagian markah, ini menyebabkan banyak markah yang sama bagi setiap kategori, walaupun boleh ditentukan melalui timbangan pada akhirnya, ramai peserta yang kurang berpuashati. Setiap ayam walau hebat gaya macam mana pun mesti ada sedikit perbezaan antara satu sama lain, yang sedikit ini la kita boleh perincikan melalui perbezaan (0.3/0.5/0.7/1.0).

Contoh : (rujuk pada markah gaya)

Ayam 1 : gaya selam, kebas, angkat kaki sebelah, aktif = markah (23)
Ayam 2 : gaya selam, kebas, angkat kaki sebelah = markah (22.7)
Ayam 3 : gaya selam, kebas, parking = markah (22.5)
Ayam 4 : gaya selam, kebas = markah (22)

Ini cuma contoh ikut fahaman saya, perincian yang sebenar pengadil boleh tentukan, apa yang saya nak tunjukkan adalah sedikit perbezaan pada gaya ayam ini mempunyai markah sendiri berbanding dengan yang diguna pakai sekarang cuma dibezakan 0.5 sahaja, begitu juga dengan markah ciri-ciri lain pada ayam, saya rasa isu susah nak kira markah tak timbul, sebab kira pun pakai kalkulator, peserta pun lebih berpuashati, tak timbul lagi ayam markah sama kalau ada pun amat sikit sekali.

Dulu aku pun tak suka dengan sistem ini tapi memandangkan ayam sekarang makin hebat-hebat perincian markah seperti ini perlu dibuat..sebab selalu juga tolong kawan kira markah banyak yang merungut markah sama ja.

Pendapat anda macam mana?

Oct 19, 2010

Robino da action


Nampak ketara ekor tak siap..nak tanam ekor dah tumbuh seinci, so kena tunggu jugak la sampai siap

Oct 10, 2010

Roberto terkini

Ayam ni dah masuk alam muda, baru pulih dari serangan nyamuk pada balong, baru nak start bergaya..agak lambat sikit
rasa dia belum berdiri batul2 lagi ayam ni

Sep 25, 2010

Mimi Juara K.L

Ayam dalam video post sebelum ini

Alhamdullilah kali pertama beraksi induk ni tidak mengecewakan, baka bpk asal tok uban ini memang boleh diharap diatas meja
Ayam yang diharapkan menang sebenarnya adalah yang ini
Robino
tapi sayang ekor tak siap...dpt no.7 ja

Aug 2, 2010

Anak B (Roberto)


Roberto yang tak pernah dibawa bertanding, baru mula nak panggung, anak ni memang tarik sikit, dadanya agak menonjol ke depan, harap2 casis tak lari sebab ingat nak main lama ayam ni...

harap bleh ikut jejak sedaranya roben, lepas raya mungkin baru pergi test kot

kalau ikut bapak asal memang baka kuat ngebas dan lawan meja
aksesori rasanya dah ok...

video roberto yang sempat ambil

Anak Dara (Mimi)

Mimi (bukan nama sebenar), saja letak nama kasi glamour sikit...induk dara baru berusia 6 bulan, ini lah satu2 nya induk darah tok uban yang masih tinggal di reban saya, ada la sikit gaya, klu tak atas meja tu terpaku dekat situ ja malas nak berjalan, klu dia berjalan ok jgk..
sayang pulak jual adik beradik jantannya...
gaya mimi yang cuba menunjukkan keseksiannya...hehe

ingat nak wat baka jer, rasanya tiada masalah untuk bertelur, ibunya pun saiz sama

Jul 11, 2010

remaja kuning (roben)


update ayam julai terkini, remaja roben anak silang baka ini amat bertuah kerana pertama kali naik atas meja dapat no.2 di pertandingan kompleks muhibah K.L satu permulaan yang bagus

remaja ni memang ayam bersaiz kecil berbanding lawannya, memang dah baka dia kot, mungkin boleh cuba untuk game2 lain untuk melihat potensi sebenar ayam ni...harap2 boleh pergi jauh la

Telah di Jual

Jun 23, 2010

Ayam muda rinting kubing

Gaya panggil marka...keturunan bapak asal rinting mas

Jun 7, 2010

Si Kubing (remaja)

Remaja ni umur dalam 4 bulan, belum pernah masuk mana2 bon, anak kacukan reban sendiri hasil dari gabungan bapak sri cheras dengan induk keramat, body pendek sedikit dari yang lain2
baru ajar letak atas meja, sebab tuan dia sibuk sikit

remaja ni memang aktif, susah nak suruh dia parking kena selalu main.

Jun 2, 2010

Serama Muda (for sale)


ayam muda ni masa remaja pernah di bawa bertanding di ampang waterfront, ada jgk la no. ayam ni memang aktif atas meja.body ayam ni memang melengkung, rasa2nya boleh tarik sikit lagi mungkin kena sedikit latihan baru jadi kot..

kalau ada berminat nak buat baka ayam ni aku nak lego RM370 (nego)






Remaja (for sale)

ayam remaja ni tak la lawa mana, tarik pun tidak, balong pun senget sikit, aku pun tak tau camna dia seko boleh keluar camni sebab adik dia jauh beza dengan dia...ibu dia pun asal keramat jgk, betul la orang kata dalam setandan pisang tak semua keluar sama..mungkin baka yang dibawanya boleh diharap
yang ni aku nak jual RM190 (nego)gaya mengibas atas lantai...haha
-SOLD-

Anak-anak baru turun

ibunya asal keramat bapak dari reban sendiri, yang betina lebih menonjol sedikit gayanya
body pendek sikit

dada pun lebih menyerlah

ada 6 ekor lagi lain ibu & bapak
yang ni saya nak lego rm150 seko kalau ambil lebih boleh kurang lagi, harga berubah ikut tumbesaran ayam, masuk remaja harga dah berubah
**SOLD**

Mar 28, 2010

BOTB Tasek Titiwangsa 2010 (Sami Gila)

ni video yang di ambil lepas pertandingan, semasa game tak sempat, tahniah dan terima kasih juga pada Pok Hid (terengganu) kerana bagi ambil video ayamnya, ini memang baka juara menurut kata pokhid datuknya pun dah dekat 30 kali juara masa dulu.

dengan cuaca yang agak panas ayam ni masih mampu beraksi, harap sahabat2 yang tak dapat pergi tu tak kepunan dapat tengok ayam ni..

Mar 21, 2010

Anak dara untuk dijual (for sale)

umur lebih kurang 4 bulan baka tok uban + rinting mas

ada tarik sikit

tak pernah asing ada 3 beradik, untuk buat baka x dak masalah rasanya

nak lego rm170 seko, klu amik 3 eko skali bleh diskaun lagi..
**SOLD**

Feb 28, 2010

Si kuning Anak B




Si Kuning kategori anak B, baru dok ajar letak atas meja, anak hasil induk dari ganu dan bapak tok uban
hari tu test dekat ampang waterfront dapat no.3 tapi game kecik ja ayam tak banyak


kalau ekor dah siap sikit boleh la try game besar lak camna, jangan terjun meja sudah la...

Feb 10, 2010

king of serama...?

kalau ayam serama kena tambat mcm ni haru jugak...

Feb 1, 2010

Test Inkubator

Inkubator ni saya beli untuk buat spare untuk induk yang x mau mengeram, harga dia pun x mahal sangat, sayang pulak bila telur banyak tapi induk x nak mengeram, mengeram pun kadang-kadang peratusan dia jadi x banyak, so terpaksa kena cari inkubator satu standby, yang kat atas tu saya cuba dengan 5 biji telur puyuh dulu, alhamdulillah semua telur ada benih berjaya menetas, mengikut pembekal inkubator ni suhu untuk tetas burung puyuh dan serama lebih kurang saja iaitu 36.5 - 38.5 c sesuai untuk inkubator ni la, suhu dia pun ukur pakai digital, kira ok skt la dari manual nk kena pandai ejas. Lepas ni kita cuba ngan telur serama pulak.

Jan 17, 2010

Serama Muda

ni merupakan ayam muda sahabat, baka dari ayam botb melaka, ayam ni aku pinjam wat baka, anak belum keluar lagi induk tengah mengeram..saja masuk dalam blog mungkin tuan dia dah rindu ngan ayam ni..hehe

Si Kubing


Si kubing baru berusia 4 - 5 bulan hasil gabungan adik beradik rinting mas, kalau dekat tempat pertandingan warna ni boleh la dianggap warna kotor, tapi bagi aku kalau utk hiasan memang cantik, ayam ni menetap di penang adik aku yang bela...hari2 dia belek ayam ni..hehe maklum la berjaya breed seko mcm ni

bahagian depan dia, ayam A, badan slim ada dada sikit

bahagian sisi

bahagian belakang


yang bawah ni adik dia betina ada 2 ekor

warna mcm ibu asal cuma ada sikit rinting

Semua gambar dan artikel adalah dibawah hakcipta http://seramaku.blogspot.com dilarang membuat salinan (copy) tanpa kebenaran kecuali untuk tujuan kebaikan, sekian terima kasih.