Dec 28, 2009

Anak B Nak Masuk Remaja

Anak ni baka tok uban dengan induk dari bahar, balung besar sikit, cuting ok la kena upgrade lagi la rasanya.

Pertandingan 1Malaysia 2010 K.Lumpur

Tarikh pinda lagi 27 Mac 2010

Nov 25, 2009

Tranformasi bentuk ayam serama

masa remaja nampak mcm ayam katik

masa umur 5- 6 bulan nampak ada perubahan skt pada badannya

bentuk sekarang dlm 1 thn..baru la nampak ok skt.. harap2 bleh tarik skt lagi lps ni


Nov 24, 2009

Terkini selam sampai nampak paruh ja...


Baka apakah ini...tok uban ?...anjaria?...nagasari?
atau lu pk la sendiri..hehe

Nov 8, 2009

Bersantai lepas mandi

Rinting Mas Muda

Ayam ni sebenarnya saya bagi pada sepupu sepasang, tp rupa2nya dua 2 jantan, so dia pulangkan balik pada sy yg ni...ayam ni baru belajar nak berdiri
bentuk mcm ni saja..tak selam pun

Induk Muda Tok Uban


Induk Muda Tok Uban baru berusia 5 bln, merupakan anak generasi pertama tok uban rumah saya
tgh berjemur

Oct 15, 2009

Remaja Putih

Ayam ni hasil kacukan dari anak2 rinting mas saya,
sebelum ni saya dapat jantan sekor tapi kali ni
keluar betina plk
ayam ni cuting slim
jika ada sahabat yang berminat bleh la hubungi sy



Anak Tok Uban

Anak umur dalam 2 bln, ini merupakan anak kedua
tok uban reban saya, potensi belum nampak lagi,
mungkin masuk remaja baru boleh nampak...

Jantan cuma 2 ekor sahaja, 4 betina
sepasang sudah ditempah oleh sahabat saya

anak ni baru diasingkan dengan ibunya 3 hari, ibunya dah bersedia
untuk bertelur lagi...

Sep 9, 2009

Bapak Merah

Ayam ni merupakan penghuni baru reban saya, menurut pemilik asalnya bapak ini mempunyai darah baka winston + baka husin, ayam ni pernah dibawa bertanding di PD tahun ni kalau tak silap saya la, ayam ni sy bercadang untuk buat baka sahaja, sebab kat rumah memang kekurangan bapak...

Sep 6, 2009

Pokok Betik Bercabang (selingan)

Sebenarnya pokok betik ni dah tumbuh lama di belakang rumah saya kat kg., mungkin sahabat-sahabat pernah tengok betik bercabang dan berbuah, bagi yang tak pernah tgk lagi ni lah rupanya...tiada yang mustahil jika dengan kehendakNya..wallahualam
buah betik ni memang lebat, setiap cabang ada buah...rezeki

Aug 27, 2009

Induk Muda Husin + Tok Uban

Induk Muda berusia 7 bulan, induk ini bukanlah hasil dari reban saya, ia adalah pemberian oleh seorang sahabat berasal dari Terengganu
Induk ini sesuai untuk dibuat bertanding kerana mempunyai gaya yang menarik di atas meja
Namun untuk dibuat breeding saya tidak mencadangkannya kerana mempunyai potongan badan yang pendek, amat sukar untuk bertelur, kalau dapat pun nasib jer..

Aug 24, 2009

Che Teh Dah Dewasa

Ini lah gambar terbarunya, ayam ni cuting slim

Ayam ni tengah mencari peminatnya
Ayam ni kecil sahaja, ingat tak sampai 200grm kot


Aug 23, 2009

Induk Rinting Mas Muda

Induk rinting muda ini saya pernah masukkan dalam blog sebelum ni ketika remaja usia sekarang kira-kira dalam 6 bulan, warna rintingnya belum keluar habis lagi
Induk muda ini merupakan dari baka asas rinting mas saya
Jika ada sahabat yang berminat boleh lah bertanya khabar...

Aug 18, 2009

Anak Tok Uban VS Rinting Mas

Anak baru menetas 6 ekor (kira paling banyak setakat ni) umur dlm 3 minggu belum nampak lagi jantan dan betina, InsyaAllah mungkin dlm seminggu 2 lagi

gambar close up ibunya...gambar bapak boleh tgk entry sebelum ni..


Gambar Terbaru Serama Muda Sri Cheras

ini la gambar terbarunya...ada sikit tarik berbanding sebelum ni...
tak pasti selepas ni bentuk boleh berubah lagi atau tidak

Jul 26, 2009

Keratan Akhbar Sinar (Pertandingan di K.Lumpur)

Pertandingan kali ini agak meriah, nampak peningkatan dari segi kualiti ayam yang dipertandingkan, dalam pemerhatian saya ada 3 ayam BOTB yang berentap semalam, mungkin yang lain saya terlepas pandang, apa-apa pun tahniah kepada yang berjaya, yang gagal (termasuk saya) teruskan usaha demi mengjaga kesenian dan budaya bangsa. Tahniah dan syabas pada anda semua...hidup serama!!

Jul 19, 2009

Gambar Anak Terbaru

Anak berusia lebih kurang 2 bulan baka serama muda rinting mas dibawah (dalam video)

Kalau ada yang berkenan anak nie bleh la tanya khabar ada 2 pasang sahaja...lagi sebulan dah nak masuk remaja...

Jul 6, 2009

Induk Rinting Mas

Induk ini adalah anak kepada bapak rinting mas,
baru bertelur sekali, tetapi belum ada baka,
saya akan cuba second round sbb induk ni muda lagi

Jun 29, 2009

Gaya Bebas (Free Styles)

Serama Muda A baru pernah sekali bawa tanding
Gayanya macam ni jer sekarang ni...



klu ada sebarang komen jangan malu2...

Jun 28, 2009

Tok Uban Muda buat Baka

Tok uban ni saya beli dari anak...
nk wat tanding x brapa sesuai aksesori seperti
balung ada sikit cacat dan ekor senget sikit

ayam ni memang saya x jual sbb ni la satu2nya baka tok uban pure yg ada kat rumah saya

Remaja untuk dijual RM200 (dah dijual)


remaja berusia 3 bulan setengah...dah dok belajar kokok,
ada adik beradik betina 2 ekor, klu nk bleh ejas.
(dah dijual pada peminat baru dari Shah Alam)

ayam ni baka sendiri, bleh dtg tgk kat reban


Jun 21, 2009

Gambar Anak Putih Terbaru

ini la gambar terbarunya...igt betina rupa2nya jantan

gambar terkini 29/06/09

yang bawah ni adalah pasangannya



Semua gambar dan artikel adalah dibawah hakcipta http://seramaku.blogspot.com dilarang membuat salinan (copy) tanpa kebenaran kecuali untuk tujuan kebaikan, sekian terima kasih.