Apr 22, 2009

Serama...

Ini la ayam serama pertama yang saya bela untuk dibuat baka berasal dari kelantan, gading namanya, bentuk badan macam jantung pisang, sekarang ayam ni dah ada kawan baru...dah dijual pada kawan2 jgk
dah tinggal kenangan...

Remaja Sri Cheras (Serama A)

ini merupakan ayam terkecil kat rumah saya, beratnya tak sampai 250gm, bulu dan ekor belum lengkap sepenuhnya berusia sekitar 5 bln
Kalau dilihat dari segi warna ia seakan2 baka tok uban,
tapi sebenarnya ayam ini hasil kacukan baka rinting mas saya
dengan induk kuning dari baka warna ara
ekor belum siap sepenuhnya
gambar kurang jelas

Serama remaja baka rinting mas

Remaja kuning (serama A) nak masuk kategori muda
baru berusia 5 bln
Hasil kacukan Rinting Mas dengan induk baka gading saya,
bentuk badan ikut induk kerana sedikit panjang berbanding bapaknya,
jika ada yang berminat boleh lah call saya, (dah jual)Yang ni pulak abangnya, dah mula bergaya atas meja,
bulu ada sikit rinting pada bahagian ekor dan dada ikut bapak
Aksesori dah hampir lengkap
Yang ni saya ingat nak buat baka...bentuk terbaru dah berubah
lawi dah mula panjang, klu ada masa saya akan upload foto terkini

Apr 21, 2009

Induk-Induk (Serama A)


Asal-usul induk kuning ini juga merupakan dari baka Rinting Mas, ayam kecil dan berdada bulat, ia juga dijadikan baka asas untuk pembiakan ayam serama saya...induk ini telah mempunyai 3 ekor anak yang berusia 2 bulan...walaubagaimanapun saya telah asingkan anaknya untuk melihat potensi dengan lebih cepat
Alhamdullillah induk ini berupaya bertelur & mengeram dengan sendirinya...jadi tak la susah nak pakai inkubator

Induk dari baka gading yang juga merupakan teras pembiakan dirumah saya, mempunyai ciri2 leher panjang dan sedikit ketar...induk ini juga bertelur & mengeram dengan sendirinya, telah mempunyai 3 ekor anak remaja nak masuk muda...saya akan uploadkan kemudian
baru mengeram kali yang ke-2 (1 minggu)
Induk warna kumbang lilin, lebih kurang la...sekarang tengah mengeram


Apr 20, 2009

Baka Asas Rinting Mas (Serama A )

Rinting Mas ini dijadikan baka asas di rumah saya, ayam ni saya beli daripada seorang sahabat hampir setahun yang lalu, berat serama ini sekitar 270 gm sahaja...sudah ada yang merisik...tapi belum ada niat untuk menjual kerana setakat ini ia merupakan ayam kesayangan saya...walaupun berumur dah 2 thn lebih tapi masih aktif lagi untuk dibuat baka.
kecil dan mendada
bersama beberapa ekor induk betina


Semua gambar dan artikel adalah dibawah hakcipta http://seramaku.blogspot.com dilarang membuat salinan (copy) tanpa kebenaran kecuali untuk tujuan kebaikan, sekian terima kasih.