Oct 31, 2010

Skima Markah Menggunakan Sistem Perbezaan (0.3/0.5/0.7/1), Pendapat Anda?

Assalamualaikum mungkin kawan-kawan boleh beri pandangan tentang sistem ini memang telah digunakan pakai pun dibeberapa tempat pertandingan, bagi pandangan saya mungkin sudah tiba masanya sistem ini digunakan pada semua tempat pertandingan ini kerana pada masa sekarang disetiap pertandingan boleh dilihat hampir semua ayam bertanding mempunyai gaya dan aksesori hebat-hebat berlaka, sampai pengadil pun pening juga nak bagi markah, pengadil hanya menggunakan perbezaan (0.5/1) pada setiap bahagian markah, ini menyebabkan banyak markah yang sama bagi setiap kategori, walaupun boleh ditentukan melalui timbangan pada akhirnya, ramai peserta yang kurang berpuashati. Setiap ayam walau hebat gaya macam mana pun mesti ada sedikit perbezaan antara satu sama lain, yang sedikit ini la kita boleh perincikan melalui perbezaan (0.3/0.5/0.7/1.0).

Contoh : (rujuk pada markah gaya)

Ayam 1 : gaya selam, kebas, angkat kaki sebelah, aktif = markah (23)
Ayam 2 : gaya selam, kebas, angkat kaki sebelah = markah (22.7)
Ayam 3 : gaya selam, kebas, parking = markah (22.5)
Ayam 4 : gaya selam, kebas = markah (22)

Ini cuma contoh ikut fahaman saya, perincian yang sebenar pengadil boleh tentukan, apa yang saya nak tunjukkan adalah sedikit perbezaan pada gaya ayam ini mempunyai markah sendiri berbanding dengan yang diguna pakai sekarang cuma dibezakan 0.5 sahaja, begitu juga dengan markah ciri-ciri lain pada ayam, saya rasa isu susah nak kira markah tak timbul, sebab kira pun pakai kalkulator, peserta pun lebih berpuashati, tak timbul lagi ayam markah sama kalau ada pun amat sikit sekali.

Dulu aku pun tak suka dengan sistem ini tapi memandangkan ayam sekarang makin hebat-hebat perincian markah seperti ini perlu dibuat..sebab selalu juga tolong kawan kira markah banyak yang merungut markah sama ja.

Pendapat anda macam mana?

Oct 19, 2010

Robino da action


Nampak ketara ekor tak siap..nak tanam ekor dah tumbuh seinci, so kena tunggu jugak la sampai siap

Oct 10, 2010

Roberto terkini

Ayam ni dah masuk alam muda, baru pulih dari serangan nyamuk pada balong, baru nak start bergaya..agak lambat sikit
rasa dia belum berdiri batul2 lagi ayam ni
Semua gambar dan artikel adalah dibawah hakcipta http://seramaku.blogspot.com dilarang membuat salinan (copy) tanpa kebenaran kecuali untuk tujuan kebaikan, sekian terima kasih.